Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadr
Kata
sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu
seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan
sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan
Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud
dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada
sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama
terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari
permulaan puasa.
Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari :
- Ahad atau Rabu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29.
- Jumaat atau Selasa Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27.
- Khamis = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan.
- Sabtu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23.
- Isnin = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21.#hanya Allah SWT yang maha mengetahui bila berlakunya lailatul qadar. Jangan hanya mencari lailatul qadar pada satu malam sahaja. Cari lah keberkatan dan kebaikan pada setiap malam. InsyaAllah , Allah akan kurniakan Lailatul Qadar kepada mereka . semoga Ramadhan kali ni membawa lebih kebaikna dan keberkatan dari sebelum sebelumnya . Aminnnn!!
No comments:
Post a Comment