salam...アバタ...arie khamis yg lps kan..sek kami telah mengadakan sambutan merdeka raya...agak meriahlah jgak..dgan bajunya warna warni..mcm2 warna ada..mcm pasar malam...hehe..mula2 mcm biasa asma ul - HUSNA..hehe nk prasan nama sendiri jap..x leyh blah..lps 2 nyanyilah apa yg patut..lps 2 ada lakonan dr budakx f1(rintihan d ary raya).. x mrintih pon gelak lg adalah..lps 2 nyanyian patriotik & ary raya..semangat patriotik giler depa nie kan..pastu apa lagi mknlah..huhu..bihun sup ,mee goreng ,mee tomyam pun ada yg 2 lah paling sedap..dan mcm 2 lagi..yg sediyhnya kena masuk kelas sambung blajar..blajarlah sgt.. HuH ..xper 2..time nielah nkraya sakan kan..byklah raya sakan kau...SUDAH!!!!!!!!!!mengarut dah ...ok lah sampy sini jer..lainkali kita mengarut lagi eh..tapi..kami nk ucapkan SELAMAT ARIE RAYA AIDILFITRI..MAaF ZAHIR & BATIN..
p/s: jgn lupa puasa 6 ye kwn2..dann lagi nie..slamat beramal..さよなら...
Sep 2, 2012
Aug 10, 2012
artikel menarik
salam...の挨拶..satu artikel yg agak menarik....
Sejak kebelakangan ini, nama Hana Tajima Simpson mula menjadi topik perbincangan di kalangan blogger Muslimah.
Nama gadis kacukan Jepun dan Inggeris ini dikenali kerana gaya
berhijabnya yang unik dan lebih kasual. Wajah manis ini juga telah mula
menghiasi sejumlah media di UK dan Brazil.
Hana yang lebih dikenali sebagai seorang pereka fesyen membuat kejutan
melalui produk dengan jenama Maysaa. Produk yang telah dilempar ke
pasaran dunia itu berupa hijab bergaya 'layers'. Melalui jenama
tersebut, Hana mencuba untuk memperkenalkan gaya berbusana yang trendi,
namun tetap sesuai dengan syariat Islam di kalangan Muslimah.
Mula memeluk Islam seawal usia 17 tahun, Hana datang daripada
latar belakang keluarga Kristian yang tidak terlalu mementingkan agama
dalam kehidupan mereka. Ayahnya berasal dari Jepun manakala ibunya
merupakan seorang wanita Inggeris. Minatnya kepada Islam bermula semasa
belajar di sekolah tinggi. Hana bertemu dan bersahabat dengan beberapa
pelajar Muslim.
Pada pandangan Hana, sahabat-sahabatnya yang beragama Islam kelihatan
berbeza dengan yang lain. "Mereka kelihatan menjaga jarak dengan
beberapa pelajar tertentu. Mereka juga menolak ketika diajak untuk pergi
berhibur di sebuah kelab malam." katanya. Bagi Hana, perkara itu sangat
menarik. Selain itu, sahabat-sahabatnya yang Muslim dianggap sangat
menyenangkan apabila diajak berbincang berkaitan hal kuliah. Menurutnya,
pelajar Muslim lebih banyak menghabiskan masa mereka membaca di
perpustakaan ataupun berbincang.
Dari sahabat-sahabat Muslim itulah, secara perlahan-lahan Hana mulai
tertarik dengan ilmu falsafah terutamanya falsafah Islam. Sejak saat
itu, Hana mula mempelajari falsafah Islam langsung dari sumbernya iaitu
Al-Quran. Kenyataan bahawa Al-Quran tetap sama seperti sebelumnya
memberi maksud bahawa sentiasa ada titik rujukan untuk semua perkara. "Di dalam Al-Quran, saya menemukan banyak rujukan berkisar tentang isu-isu mengenai hak wanita.
Semakin banyak saya membaca, semakin diri saya bersetuju dengan
idea-idea disebalik Al-Quran dan saya boleh melihat bagaimana Islam
boleh mewarnai kehidupan sahabat-sahabat Muslim saya. Namun saat
itu, keinginan untuk memeluk agama ini masih belum tiba. Sehinggalah
tiba pada satu titik yang mana saya tidak dapat mengatakan tidak pada
diri saya mengenai kebenaran agama ini, maka saya memutuskan untuk
menjadi seorang Islam" katanya.
Rasa kagumnya terhadap ajaran-ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran
akhirnya membuatkan Hana memutuskan untuk memeluk Islam. Tanpa menemui
sebarang paksaan dan halangan, dengan hanya disaksikan oleh teman-teman
Muslimahnya, Hana pun mengucapkan dua kalimah syahadah. "Menyatakan
perkara tersebut kepada keluarga adalah sesuatu yang mudah. Saya tahu
mereka akan gembira selagi mana saya juga gembira, dan mereka boleh
melihat ianya adalah sesuatu yang baik," tuturnya.
Seperti halnya semasa Hana memutuskan untuk memeluk Islam, begitu juga
keputusan untuk mengenakan hijab datang tanpa paksaan. Hana mula
mengenakan hijab di hari sama dia mengucap dua kalimah syahadah. "Ini
merupakan cara terbaik bagi membezakan kehidupan saya di masa lalu
dengan kehidupan saya pada masa hadapan," ujarnya.
Keputusan untuk mengenakan hijab pada masa yang sama menerima pelbagai
reaksi dari orang-orang di sekelilingnya, terutamanya kawan rapatnya.
Sebelum mengenakan hijab, Hana sudah memahami fahaman negatif terhadap
orang-orang yang berhijab. "Saya tahu apa yang mereka fikirkan mengenai
hijab, tetapi saya akan bersikap berpura-pura tidak mengetahuinya. Namun
seiring dengan masa, orang-orang di sekitar saya kini sudah boleh
menerima penampilan saya dengan balutan hijab." katanya lagi.
Dalam blog peribadinya, Hana mengakui bahawa menjadi seorang Muslimah di
sebuah negara barat adalah sedikit menakutkan, terutamanya ketika semua
mata di sekitarnya memandangnya dengan pandangan yang aneh. Maklum
sajalah, sebahagian penduduk de negara-negara barat telah dijangkita dengan wabak Islamofobia.
"Oleh sebab itu, saya ingin menciptakan sesuatu yang akan membantu para
muslimah di mana jua untuk terus berusaha mengatasi perasaan takut
itu." ujarnya.
Kini, dengan busana Muslimah yang dirancangkannya, kaum Muslimah di
negara-negara barat mampu tampil dengan busana yang boleh diterima oleh
masyarakat di sana tanpa meninggalkan peraturan yang ditetapkan Islam.
Kini fesyen busana Muslimah yang diperkenalkannya bukan saja mendapat
sambutan yang hangat daripada muslimah di seluruh dunia, malah
penerimaan daripada yang bukan Islam juga sangat menggalakkan.
さよなら.jaga diri..jaga iman dan selamat beramal!!!
Kredit: http://beritaboring.blogspot
merindui ramadhan
の挨拶...dh nk raya dh kan..aq pasti rindu saat nie...aq jumpa puisi nie..bacalah yer...
Duhai Ramadhan...
Kehadiranmu
Mengukir senyuman
Bersulam syahdu tawa
Mengiringi sayu hangatan air mata
Menghimpun panjat syukur buat yang Esa
Duhai Ramadan...
Kehadiranmu
bak Penantian sang kekasih pada arjunanya
Biarkan penantian ini umpama episod cinta
Episod cinta 10 malam terakhir
Menguntum nikmat Lailatul Qadar
Padanya turunnya Al-Quran
Ganjaran melebihi seribu bulan
Duhai Ramadan...
Biarlah kehadiranmu kali ini
Menjadi pertemuan istimewa antara kita berdua
Titian hari merobah paradigma iman jiwa
Melakar megah lembayung Taqwa
Peroleh rahmat beroleh bahagia
Ampunan dosa hitam nan kelam
Terlepas azab Jahannam menjulang
Duhai Ramadan...
Biarlah kehadiranmu kali ini
Melambai mesra syafaat bahagia
Melakar senyuman cinta ke syurga
menguntum kasih buat Allah yang Esa
Membawa lalu duka nan lara
Mengusir pergi tangis sengketa
Duhai Ramadan...
Andai pertemuan ini yang terakhir
Jadikanlah saat bersamamu disusuli
basahan zikrullah
beralun merdu lafaz al-kitab
beserta istiqomah tahajjud syukur
Jua tadahan doa pohon ampunan
Mengecap impian syurga idaman..
さよなら...selamat beramal..jaga diri..jaga iman...
http://www.iluvislam.com/karya/puisi-kreatif.html
jauhi riak
の挨拶 (salam sejahtera)...ari nie kami nk kongsi 1 artikel yg kami baca...ambillah pengajaran yer!
PENYAKIT rohani yang mengancam kemurnian akidah umat Islam ialah
sifat riak yang masih wujud walaupun ia dibenci Allah. Riak boleh
membinasakan segala kebaikan dan pahala amal soleh seseorang itu. Sifat
riak boleh dihindari dengan memperkuat dan mempertingkatkan iman
sementara hati sentiasa takut akan azab dan seksaan Allah di akhirat
nanti.
"Nun, demi pena dan apa-apa yang mereka tuliskan"
Imam Al-Ghazali berkata, riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal kebajikan. Imam Habib Abdullah Haddad pula berpendapat, riak ialah menuntut kedudukan atau minta dihormati orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk akhirat.
Paling mudah disimpulkan, riak adalah perbuatan yang semata-mata bertujuan mengharapkan sanjungan, pujian atau penghormatan orang lain. Hal ini bertentangan kehendak Islam yang menyeru umatnya beramal atau melakukan perkara kebajikan dengan hati ikhlas mengharapkan keredaan Allah.
Jika penyakit riak dibiarkan terus bersarang dalam hati seseorang, lama kelamaan ia akan membinasakan kemurnian akidah, keluhuran akhlak dan kesempurnaan amal umat Islam. Memang ada kalangan umat Islam yang melakukan sesuatu amalan kebajikan atau ibadat hanya untuk mengaburi mata orang ramai.
Mereka melakukan amalan kebajikan atau ibadat untuk menunjukkan kononnya mereka itu baik, pemurah, warak atau rajin beribadah.
Mereka lakukan perkara itu kerana didorong hawa nafsu yang sentiasa berusaha memesongkan mereka yang lemah imannya.
Rasulullah sentiasa mengingatkan umatnya supaya menjauhkan diri daripada perbuatan riak. Sabda baginda bermaksud: Awaslah kamu jangan mencampuradukkan antara taat pada Allah dengan keinginan dipuji orang (riak), nescaya gugur amalanmu (Hadis riwayat Ad-Dailami)
إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُواْ إِلَى الصَّلاَةِ قَامُواْ كُسَالَى يُرَآؤُونَ النَّاسَ وَلاَ يَذْكُرُونَ اللّهَ إِلاَّ قَلِيلاً
Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk salat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan salat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.
(Surah An-Nisa 4: Ayat 142)
selamat beramal...jaga iman ...jaga diri...の挨拶ライブ(selamat tinggal)....

mlm lailatulqadr
おはよう(selamat pagi)....skrg kan dh 10mlm terakhir kan jd kami nk citer sikit ttg tanda mlm lailatulqadr yg ada dlm slh satu hari dlm bulan ramadhan....ok....tanda nyer ialah ;
Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadr
Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadr
Kata
sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu
seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan
sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan
Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud
dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada
sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama
terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari
permulaan puasa.
Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari :
- Ahad atau Rabu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29.
- Jumaat atau Selasa Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27.
- Khamis = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan.
- Sabtu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23.
- Isnin = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21.#hanya Allah SWT yang maha mengetahui bila berlakunya lailatul qadar. Jangan hanya mencari lailatul qadar pada satu malam sahaja. Cari lah keberkatan dan kebaikan pada setiap malam. InsyaAllah , Allah akan kurniakan Lailatul Qadar kepada mereka . semoga Ramadhan kali ni membawa lebih kebaikna dan keberkatan dari sebelum sebelumnya . Aminnnn!!
piagam pelanggan sekolah kami
Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) AlMshoor akan memberikan perkhidmatan dan pendidikan yang cemerlang dalam merealisasikan falsafah pendidikan yang selaras dengan hasrat untuk melahirkan insan yang beriman, berilmu dan beramal berteraskan al-quran dan al-sunnah dengan mengamalkan budaya kerja seperti berikut :
• Amanah dan cekap dalam melaksanakan segala tugas yang dipertanggungjawabkan. • Lancar dan rasional dalam mengambil sebarang tindakan. • Mesra, prihatin dan sentiasa menunjukan sikap kasih sayang dalam perlakuan. • Akhlak yang mulia dan budi perkerti yang luhur. • Sedia menerima perubahan untuk kemajuan sekolah. • Hubungan yang baik sesama insan melalui kepimpinan yang dinamik dan dedikasi. • Optimistik dalam menghasilkan pelajar yang berpotensi melanjutkan pelajaran. • Orentasi ke arah pemupukan dan perkembangan bakat demi mencapai kejayaan dalam bidang kokurikulum. • Rela berbakti untuk melahirkan anak didik yang berjasa pada agama, bangsa dan negara.
Aug 7, 2012
visi , misi , moto & slogan
VISI
SMKA(P) AlMashoor
menjadi sekolah terbilang di Pulau Pinang menjelang tahun 2015
MISI
Memberi pendidikan
berkualitibagi melahirkan modal insan terbilang melalui pendekatan holistik bertunjangkan falsafah pendidikan kebangsaan
MOTO
Beriman, Berilmu &
Beramal
SLOGAN
Ke arah kecemerlangan
ilmu dan kesempurnaan akhlak
history about our school
Sekolah
Menengah Agama (P) Al Mashoor mula diasaskan atas kesedaran segolongan
bangsa Arab di Pulau Pinang yang bimbang akan anak-anak yang kurang
mendapat didikan agama. Pada tahun 1916 bersamaan tahun 1335H, suatu
mesyuarat telah diadakan khusus mengenai penubuhan sebuah sekolah
agama. Dengan usaha gigih dan semangat kerjasama semua pihak maka
tertubuhlah sebuah sekolah agama yang dikenali dengan nama Madrasah
Al-Quran di Lebuh Acheen (Masjid Melayu Pulau Pinang) dengan guru
pertamanya Al-Syed Abdul Rahman Alhabshee dan guru besar pertamanya
Al-Syed Al-Shaikh Al-Hadi. Madrasah ini terus mendapat sokongan yang
menggalakkan dan pada tahun 1918 telah berpindah ke kawasan yang lebih
besar di Kampung Jawa Lama, dengan nama Madrasah Al Mashoor Al-Islamiah
sempena nama Tuan HAbib Al Mashoor, seorang penghulu yang terkenal di
Pulau Pinang pada masa itu.
Sebuah jawatankuasa binaan telah ditubuhkan dan mereka telah bekerja keras untuk penubuhan sekolah baru. Waris-waris Almarhum Tuan K.M.S Sultan Alaudin mewakafkan sekeping tanah dan rumah di Jalan Lunas bagi tapak sekolah perempuan. Pada tahun 1979 Kementerian Pelajaran telah mengambil alih Madrasah Al Mashoor lelaki dan perempuan dan telah mendirikan sebuah bangunan baru di Jalan Air Itam untuk pelajar lelaki. Selepas tiga tahun kerajaan mengambil alih SMKA (P) Al Mashoor, ada cadangan untuk membina bangunan baru bagi menggantikan bangunan lama yang telah uzur dan tidak dapat menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Sementara menanti bangunan baru siap, pelajar-pelajar telah menumpang di SMKA (L) Al Mashoor dari tahun 1982 hingga tahun 1984. Pada bulan Oktober 1984 para pelajar perempuan mula berpindah ke bangunan baru dan tersergamlah bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Al Mashoor di Medan Lim Cheng Teik, Pulau Pinang.

Mar 25, 2012
feveret sekool n techer
cikgu kat sini lebih cikgu pompuan dr cikgu laki .cikgu laki kat sek nie hanya ada 5 je kot...cikgu kat sini sporting....<ntahla>kawan2 kat sini ada mcm jenis...ada yg baik, mengada-ngada,gedik,alim,mcm-mcm lglah....tp diaorg sebenarnya baik...kak senior pun baikla jugak ...jd xyahlah takut....hmmmm,nk citer aper lg . tu jelah kot..okela kirim salm dkt kwn yer...assalamualaikum..................................
Feb 19, 2012
ABOUT OUR SCHOOL
ello kwn2 ,nk tau x sekolah kami kat mane??? ok,kami tak nak bagi tau. korang carilah sendiri. Ini lencana sekolah kami
korang follow la kami .walaupun aku buat blog ni terpaksa, aku pun nak tengok hasil yang berkualiti...
Buat pengetahuan umum,ini pertama kali aku masuk blog. assalamualaikum,terpaksa pergi..................

Subscribe to:
Posts (Atom)